Friday, June 8, 2012
Alhamdulillah... feel blessed to be alive until now..sipping fresh air which is no longer purely fresh due to human's violation, though syukur...sbb Allah masih izinkan diri ini melalui a perfect life with my sweetheart, Saiful, my lovely parents and siblings..
Hari ini, I made another step on my research in overcming my anxiety towards future pregnancy. The doctors yang treated my Ghaziy, said if I were to conceive another baby, I am needed to inform the genetician ASAP. So be it, a test is require in order to avoid an affected SMA baby to be born. The whole procedures wajib dibuat before my pregnancy reaches 120 days. The reason being is that as setiap kali I pregnant, there will be 25% chance of conceiving affected child, which I really am not favor. Hence, if the test confirms positive SMA it will be a sad and devastating decission for me to give u the feto... Ya Allah, hindarilah diriku dari terpaksa membuat keputusan yang amat berat itu.
Persoalan yang always clinging in my mind is that will the action of abortion is allowed in Islam????
Therefore, my research lead to this website http://www.e-fatwa.gov.my/artikel/pandangan-syarak-mengenai-pengguguran-kandungan. Sedikit sebanyak info yang dapat dirumuskan are as follows:
Memandangkan kepada implikasi kos yang tinggi untuk menyediakan ‘Penjagaan Yang Sebaik Mungkin (Best Possible Care), satu strategi harus dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan kelahiran keskes baru. Ujian saringan dan kaunseling semata-mata, tanpa pengguguran janin, tidak akan mengurangkan jumlah kes-kes baru dan seterusnya tidak akan dapat mengurangkan beban penderitaan terhadap pengidap tersebut, beban kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Menggugurkan kandungan selepas 4 bulan adalah haram. Ini telah disepakati oleh para ulama’, kerana membunuh jiwa seseorang tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak kecuali kerana darurat. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu makan bangkai, darah, daging dan binatang yang tidak disembelih kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Baqarah: ayat 173)
Pendapat Fuqaha’ membahagikan peringkat pembesaran janin dalam kandungan untuk digugurkan berdasarkan kepada tiga peringkat selaras dengan Kaedah Fiqhiyah (memilih yang lebih ringan di antara dua kemudharatan) bagi mengelakkan bahaya yang berat:
Peringkat 1 hingga 40 hari (nutfah - alaqah).
Peringkat 40 hari hingga 4 bulan (Mudghah - Berbentuk).
Peringkat 4 bulan ke atas (sesudah ditiup roh).
Keputusan diambil kira dengan mengikut peringkat umur serta berdasarkan syarat berikut:
Menurut ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untik menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.
Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya kepada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.
Ijma’ Fuqaha’ berpendapat pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Anyone out there who has opinion or comment regarding the above..feel free to throw any single thought that might assist me to go through this in future. Sangat appreciate to any info...I am looking forward to make the most wise and accurate decision for this matter..
Till we meet again in my next post..Assalamualaikum...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jom follow kt blog I
ReplyDeletehttp://supermomndaddy.blogspot.com/